Sunday 21 September 2014

ANTARA HUTAN, SUKAN DAN SAMPAH

Edisi Bahasa Malaysia. 

Sampah yang dikutip di beberapa tempat sekitar Lefty hari ini. Gambar ihsan Jason Koh.

Sudahlah hutan yang tinggal hanya secubit, terpaksa menghadapi cabaran pembangunan, peneroka kurang peka, kebakaran, penebangan, dan sekarang, penggemar-penggemar alam semulajadi yang poseur juga menjadi penyumbang kerosakan akibat kurang didikan asas menjaga kebersihan.

Perkara Asas Etika Di Dalam Trail - Chapter:Kebersihan dan cara paling mudah mempraktikkannya adalah seperti berikut:

Jika anda adalah kononnya mountainbiker, hiker, atau nature lover

- anda hanya perlu menyimpan kembali apa juga plastik pembungkus yang sudah di makan atau di gunakan seperti powergel, roti, sneakers dan botol air mineral atau 100plus ke dalam bag galas Camelbak anda atau pun backpocket jersey kegemaran anda, untuk dibawa pulang ke rumah.

- jika anda berjaya membawa pulang kembali plastik-plastik pembungkus tersebut, maknanya anda adalah mountainbiker/hiker/naturelover yang pernah bersekolah. Tahniah!

Jika anda adalah jamboree organizer

- anda hanya perlu membersihkan kembali banner, buntings, signage dan trail marker anda. 

Ini kerana adalah kurang wajar jika anda boleh bertungkus lumus memasang sesuatu yang materialistik di dalam hutan untuk keuntungan anda.

Tetapi anda tidak pula bertungkus lumus menanggalkannya kembali selepas sesuatu event tersebut,  untuk keuntungan dan keaslian hutan itu kembali.

Jika anda gagal berbuat demikian, maka terbuktilah yang anda hanyalah capitalist.

Konklusi dan Solusi Mudah

Sampah masuk, sampah keluar, dan anda berjaya membuktikan yang anda sememangnya pernah ke sekolah!