Wednesday, 6 July 2011

Kiara Fever - "el classico switchback batu no more"

..tapi switchback 3 tingkat ni ada lagi seblom turun ke "short circuit".
Photo "epul rock racing" by kohmengkal 2009


Kiara Carnival is just around the corner for 9th year in a row this coming 16th and 17th July. 

Race ini yang juga digelar race paling "teknikal" dikalangan hardcore mountain biker telah buat pertama kalinya tidak lagi menggunakan trail-trail classic seperti "lungbuster", "switchback batu", "upper carnival" dan "river creek". 

Sebaliknya, trail-trail tersebut telah digantikan dengan trail-trail yang baru dan segar seperti "office", "overtime", "coronary bypass", dan "short circuit".

Kenny semasa jadi tour guide pelancong Danmark di "lower carnival". Photo by kohmengkal 2009

Menurut Melody dalam temubualnya di radio BFM 89.9 FM, (stesen radio ni cool, dah beberapa kali interview mountain biker macam joe adnan, edwin ng dll. Kalu nak dengar jimi hendrix ke, led zeppelin ke, cream ke, pun, radio ni main!) tujuan race course carnival pada tahun ini di tukar ke laluan baru, untuk menggalakkan pelumba-pelumba baru mencuba untuk menyertai carnival race yang selalunya, kebanyakkan pelumba  bermusim akan berasa tawar bila mengenangkan keadaan trail nya dulu yang sangatlah teknikal.

Tetapi, kiara tetap kiara, tukar la ke trail apa pun..ianya tetap 'seksa yang menarik' dan untuk yang tegar sahaja! 

edisi bahasa melayu