'2.5km to go' Rolland 'attack' Contador dan Sanchez for stage win. Photo by Belga |
Semasa di Pyrannees, domestik Europcar, Pierre Rolland telah bekerja keras membantu Voekler mempertahankan jersi kuning. Sementara di pergunungan Alps hari ini, sekali lagi dia menunjukkan yang dia bukan sekadar domestik, tetapi telah berjaya menangkap Contador untuk mendapatkan jersey putih (best young rider) dan stage win pertama France secara amnya.
Photo ikhsan Steephill |
The day before: Stage 18, kelmarin telah menyaksikan Andy telah membuat 'attack' ketika race berbaki 60km untuk menawan Galibier dari arah Col Agnel seterusnya merapatkan jurang masa hanya tinggal 15 saat dibelakang extraordinary Voekler yang sememangnya tegar sehingga di akhir garisan dan masih dapat menyelamatkan jersey kuningnya untuk sehari lagi.
Photo ikhsan Guardian |
Stage 19, The Alps Thriller: Contador yang sememangnya cemas kerana hampir 4 minit lebih dibelakang Voekler serta GC specialist yang lain, telah melakukan 'attack' seawal kayuhan berbaki 90km lagi dengan target sekurang-kurangnya merapatkan jurang sebanyak 4 minit dengan 2 minit (hasil attack dan 'dancing' di Telegraphe), dan 2 minit lagi (even more 'dancing') di switchback 21 tingkat Alpe d Huez.
Tetapi semuanya gagal kerana Andy, Evans, dan Frank dapat mengekalkan 'pace' kayuhan sekaligus menutup peluang Contador membuat hattrick di Tour de France kali ini.
Photo ikhsan Steephill. |
Keadaan laluan stage yang pendek tapi 'membunuh' ini disebabkan pelotons terpaksa memanjat untuk kali kedua mighty Galibier dari arah Col du Telegraphe, iaitu dari arah yang lebih menyeksa, sebelum ke kemuncak Alp de Huez.
Evans, bekas juara 2 kali Mountain Bike World Cup, dan 2 kali tempat ke-2 Tour de France.Photo ikhsan Steephill |
Secara keseluruhan, walaupun Andy merampas jersey kuning dengan hanya 57 saat, kelihatan seperti Evans yang betul-betul dalam keadaan selesa sebelum individual time trial esok kerana Evans adalah jauh lebih pakar dalam acara time trial berbanding adik-beradik Schleck.
Edisi lewat